Wednesday, May 12, 2010

Kerana Lidah



Lisan atau lidah ialah anggota tubuh terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri. Jadi, kita seharusnya mensyukuri nimat Allah ini dengan menjaga lidah/lisan kita daripada perkara-perkara yang akan membinasakan diri sendiri kerana lidah inilah yang banyak menyebabkan pertelingkahan dan permusuhan sesama manusia.

Sabda Rasulullah dalam hadis baginda yang bermaksud
'Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah ditengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau . Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat yang paling tinggi didalam syurga bagi orang yang mempunyai pekerti yang baik' (Riwayat Abu Daud)
 
Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri.

Dalam satu lagi hadis Rasulullah maksudnya-
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri (Riwayat Muslim dan Bukhari)

OIeh itu, berdiam diri adh cara yg paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah dalam Riwayat Ahmad "Sesiapa yang diam, dia akan selamat".

Kesimpulannya ,beruntunglah siapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Dan ingatlah sesiapa sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment