Wednesday, May 12, 2010
Tips Utk Jage Laptop Kamu
Kalau tak nak berputih mata@tulang tengok laptop kesayangan kamu shut down 4ever..hamba cadangkan tips2 ini utk pelihara laptop kamu supaya boleh digunakan sampai hari tua. Maka, bolehlah kamu turunkan laptop 2 ke cucu-cicit sekali...
Terserempak tips ni dlm satu artikel..so I extracted it out into a simple notes for me n others too...
1. BATERI
A) elakkan dari guna bateri sebab laptop sebenarnya akn lebih sejuk kalau tak guna bateri. Dan kalau bateri sudah habis dicas, jangan guna kuasa dari adapter.
B) kalau guna bateri , pastikan bateri berada bawah 10% sebelum kamu cas semula sebab bateri ada kesan memorinya sendiri. Kalau terlalu kerap dicas, bateri tu akan hilang keupayaan simpan tenaga bawah 50%.
2.KEYBOARD
A) untuk elakkan keyboard masuk habuk, lapikkan keyboard kamu dgn kertas A4 setiap kali tak guna laptop
B) sekali-sekala lap keyboard perlahan-lahan , kalau kasar2 takut merosakkan butang keyboard.
C) klu ada kat rumah@ofis, lebih baik guna mouse instead of using touchpad..
3.SKRIN LCD
A) selalu lap dan jaga skrin lcd kamu sebab skrin lcd n kalau kat kedai mahal. jaga elok2
B) untuk jaga LCD , gunakan screensaver, kemudian power mangement - kamu setkan kepada 'turn off monitor in_,_ minutes'.
C) elakkan menyentuh skrin LCD ketika ingin 'point' sesuatu pada skrin, sebab tangan kita ada kesan minyak dan cap jari yang nanti akan kelihatan kat skrin LCD- nanti nampak kotor dan susah nk dbersihkan.
D) jangan sesekali letakkan jari anda pada skrin krn ia akan menyebabkan 'dead pixel' !!
E) kalau taknak guna laptop for a meantime, eloknya tutuplah skrin dgn tekan butang screen pada keyboard.
4.HABA PANAS
A) ketika guna laptop, pastikan ada ruang udara haba panas boleh keluar dari laptop kamu. Kerana perlu diingatkan laptop mempunyai ruang simpanan yang kecil
5. SURGE PROTECTOR
A) surge protector fungsinya untuk menjaga perisian dan perkakasan dalam daripada rosak. Apa yang boleh disyorkan ialah jenama APC@lebih murah lagi jenama BELKIN/TARGUS. Kelebihan APC: mempunyai bateri simpanan, line protection(klu takde electricity still boleh dihidupkan lg) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
B) penggunaan surge protector ni paling efektif bagi menjaga HDD dan POWER SUPPLY
6.PORT
A) port bahagian belakang laptop kena selalu dibersihkan sebab ia senang masuk habuk
B) nak mudah, gunakan berus gigi lama untuk membersihkan port jgn terlalu kasar.
*USB port klu tak dibersihkan dan dimasuki habuk akan beri kesan ketika proses pemasangan wayar.Bila wayar dipasang,ia akan menolak habuk masuk kedalam laptop. Begitu juga dgn port modem@network. Pembersihan pula hendaklah dilakukan setelah suis dimatikan ye. Takut nanti pengsan kena electric shock pulak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment